Pra-Paralimpik 2020: Didin Taresoh Teruskan PDPR Walaupun Menjelang Kejohanan

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pemain Badminton Paralimpik Negara, Didin Taresoh berkongsi sedikit sebanyak perkembangan beliau dalam mempersiapkan diri menjelang kejohanan Paralimpik 2020 yang dijangka bakal bermula pada 24 Ogos ini.

Menurut penjelasan Didin kepada Astro Arena, beliau tidak pernah meninggalkan sesi PDPR bersama para pelajarnya. Beliau juga akan memastikan kelas berjalan seperti biasa sejurus latihan tamat.

Sungguhpun beliau telah mendapat pengecualian daripada menjalankan kelas bersama para pelajarnya, namun beliau yakin ia tidak langsung mengacau fokus dalam membuat persiapan menjelang kejohanan berprestij itu.

Tambahan pula, beliau menyedari, kesukaran dalam mencari guru ganti menyebabkan semangatnya terus membara untuk mendidik anak bangsa.

Beliau tidak menafikan bahawa ini merupakan antara satu tugas berat buat beliau untuk mengimbangi masa antara dua komitmen utama dalam hidupnya. Namun begitu, beliau yang sudah biasa dalam situasi begini tidak berdepan sebarang masalah besar.

“Saya percaya ini satu cabaran namun tidak menjadi satu masalah besar buat saya.”

Ini merupakan satu pengorbanan terbesar dalam karier badminton beliau untuk terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *