Dhabitah Sabri Mudah Tawan Hanoi, Sumbang Emas Pertama Malaysia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Penerjun handalan negara, Nur Dhabitah Sabri terus menjadi sandaran terbaik dalam acara terjun di Sukan SEA Hanoi kali ini apabila tampil cemerlang untuk menyumbang emas pertama negara.

Dhabitah yang turun tanpa sebarang tekanan cemerlang melakukan terjunan demi terjunan dengan begitu konsisten untuk meraih kutipan mata sebanyak 290.45 mata sekaligus mengesahkan Emas buat Malaysia.

Malah, beliau juga tidak keseorangan apabila seorang lagi penerjun muda negara, Kimberly Bong yang sebelum ini sudah pun menyatakan hasrat untuk emngiringi Dhabitah di podium tidak mensia-siakannya.

Beliau juga terus berjuang untuk konsisten dalam setiap terjunannya sehingga berjaya meraih 230.00 mata seterusnya melayakkan diri untuk meraih pingat Perak.

Duo ini juga secara tidak langsung telah berjaya mengulangi pencapaian terbaik Malaysia pada edisi 2017 ketika atlet terjun negara iaitu Cheong Jun Hoong dan juga Jasmine Lai turut meraih Emas dan Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *