Dhabitah Sabri Akui Bakal Merindui Kelibat Brooker

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Penerjun negara yang beraksi cemerlang di Olimpik, Nur Dhabitah Sabri mengakui perasaannya bercampur-baur setelah mendapat tahu bahawa jurulatihnya iaitu Christian Brooker tidak akan meneruskan perkhidmatan beliau setelah kontraknya bakal tamat pada bulan ini.

Penerjun berusia 22 tahun itu secara terbuka menyatakan bahawa Brooker telah dianggap seperti seorang ayah dalam perjalanan gemilangnya sepanjang bergelar atlet terjun.

Beliau juga tidak dapat menafikan bahawa pemergian jurulatih tersebut bakal menjadi kehilangan yang amat besar buatnya dan juga bagi menempuh perjalanan kariernya yang akan datang.

Hal ini disebabkan jurulatih kelahiran Australia itu menjadi ‘nadi’ yang telah menyemarakkan rasa cinta dan sayangnya sukan terjun ini.

Beliau juga tidak akui bukan satu perjalanan yang mudah buat dirinya setelah menempuh pelbagai cabaran terutamanya selepas kecewa dengan sukan sejak pandemik COVID-19 melanda.

Tambahnya lagi, beliau mengakui pernah terfikir untuk bersara daripada sukan yang sudah sebati dengan jiwanya ini namun Brookerlah yang menjadi sebab untuk dia terus melangkah gagah.

Brooker sentiasa menjadi tulang belakang dan pendorong terkuatnya untuk memberi suntikan motivasi dan juga semangat yang tidak putus yang membuatkan dirinya kembali dan meneruskan semula perjalanan dalam sukan terjun.

‘Beliaulah penyebab saya untuk minat sukan terjun semula. Saya hampir berhenti dan merasakan sukan terjun sesuatu tidak berguna, selepas pandemik Covid-19 melanda dunia.’

‘Ia amat tertekan sekali untuk berlatih di bawah konsep gelembung sukan dan dalam keadaan saya terpaksa berpisah dengan keluarga untuk sementara membuatkan saya berasa sedih. Tetapi saya gembira kerana Brooker sentiasa ada dan beliau sentiasa mengalakkan dan menaikkan semangat saya untuk penyertaan di Jepun,’ Katanya kepada Arena Metro.

Dhabitah yang berjaya meraih tempat keempat pada kejohanan Olimpik di Tokyo baru-baru ini ada menitipkan luahan perasaan agar jurulatih baharunya nanti akan sentiasa terbuka untuk menerima cadangan mewujudkan ruang untuk berkomunikasi.

Beliau percaya bahawa mereka dapat membina persefahaman yang baik dengannya dan juga rakan sepasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *