Gandingan Dhabitah-Pandelela Bakal Jadi Kenyataan?

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Impian peminat untuk melihat gandingan dua penerjun handalan negara, Nur Dhabitah Sabri dan juga Pandalela Rinong mungkin tercapai apabila mereka dikhabarkan bakal membentuk gandingan bersama.

Menurut satu kenyataan oleh Setiausaha Agung Persatuan Renang Malaysia (MS) Mae Chan, beliau menjelaskan bahawa Pandelela akan bertanding dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita pada temasya Sukan dwi-tahunan.

Sungguhpun begitu, beliau masih tidak dapat menentukan individu yang bakal menjadi pasangan Pandalela dalam acara tersebut.

Selain daripada Dhabitah, penerjun muda negara, Kimberly Bong turut dipertimbangkan untuk digandingkan bersama Pandalela.

‘Kita ada tiga nama untuk acara itu’ -katanya semasa mengesahkan bahawa MS turut memilih dua penerjun muda untuk acara 10m platform seirama lelaki semasa mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA di Wisma OCM di sini hari ini.

Hasil mensyuarat tersebut telah bersetuju untuk memperkenalkan dua penerjun muda iaitu Bertrand Rhodict Lises dan Enrique Maccartney.

Nur Dhabitah dan Kimberly sebelum ini dikaitkan sebagai pasangan baharu Pandelela bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas penerjun Leong Mun Yee yang bersara Disember lepas.

Gandingan Pandelela dan Nur Dhabitah ini bukanlah sesuatu yang baharu mereka juga pernah memenangi pingat gangsa pada Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan pingat perak pada Siri Terjun Dunia FINA keempat di Windsor, Kanada pada 2017..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *