Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Baru-baru ini, telah tular satu gambar yang menunjukkan aksi tiga orang penduduk yang sedang asyik menyaksikan satu sesi perlumbaan dengan hanya mengenakan kain sarung.
Difahamkan, perlumbaan tersebut merupakan satu sesi ujian rasmi MotoGP di Litar Mandalika, Lombok. Bukan itu sahaja, ketiga-tiga pemuda itu difahamkan merupakan pemilik asal kepada tanah yang dijadikan litar lumba itu.
Mereka yang dikenali sebagai Sibawaeh, 53, Medan, 47 dan Amaq Manim, 57, merupakan pemilik sebahagian tanah yang dijadikan litar lumba tersebut turut menjelaskan bagaimana keadaan menyebabkan mereka tersepit sehingga sekarang.
’Bunyi deruan motor ini buat hati saya sakit. Sedih mengenangkan nasib kami, tanah tergadai, duit tak dapat.’
’Kami tidak sedar gambar kami dirakam ketika menyaksikan sesi ujian itu dan dalam hati kami terdetik bilakah masalah (jual tanah) ini akan selesai,’ – katanya kepada Kompas.com.
Bukan itu sahaja, urusan penjualan dan pembayaran tanah masih belum diselesaikan oleh Perbadanan Pembangunan Pelancongan Indonesia (ITDC) menyebabkan mereka tidak mendapat tuntutan seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Sibawaeh turut memaklumkan bahawa tanahnya seluas 3.5 hektar yang telah pun diambil oleh ITDC untuk membangunkan sebahagian kawasan litar selain turut dijanjikan dengan bayaran yang lumayan.
Namun begitu, hingga kini hanya janji yang dibuat kepada mereka hanyalah sekadar janji.