“Kalau Menang Piala AFF, Baru Saya Bincang Pasal Honeymoon” – Safawi Rasid

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Bukan mudah bagi orang berstatus pengantin baru tetapi pada masa sama, dapat panggilan menyertai pasukan kebangsaan. Tetapi bagi Safawi Rasid, itulah pengorbanan yang perlu dilakukan bagi membantu Harimau Malaya mendepani kempen Piala AFF 2022.

Penyerang JDT itu baru saja melangsungkan perkahwinan dengan pelakon dan pempengaruh, Syifa Melvin pada 28 November lalu. Tetapi soal bulan madu diketepikan terlebih dahulu demi fokus kepada tugasan bersama pasukan kebangsaan.

Malah, bila hal ini ditanya media sebelum sesi latihan pertama bersama Harimau Malaya, Safawi berkata, “Tengok kalau menang Piala AFF 2022, baru saya bincang pasal bulan madu. Sekarang fokus pada sesi latihan dan persediaan untuk Piala AFF.” Pasukan negara bakal memulakan persediaan Piala AFF menerusi perlawanan persahabatan menentang Kemboja pada 9 Disember ini.

Perlawanan menentang Kemboja bukan sekadar peluang bagi jurulatih Kim Pan-gon mencari ramuan sesuai pasukan untuk Piala AFF 2022. Tetapi bagi Safawi, ini juga peluang mengutip mata ranking FIFA bagi menempatkan pasukan negara dalam kedudukan 125 pasukan terbaik FIFA.

Penyerang JDT ini bakal menyertai kelab Liga Thailand, Ratchaburi FC secara pinjaman bermula musim hadapan. Bila ditanya perancangannya termasuk membawa Syifa ke Thailand, Safawi menjawab, “(Ke Thailand) mestilah saya bawa (isteri) sekali.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *