Debut Berharga Buat Siti Nurshuhaini

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pemain perseorangan badminton wanita negara, Siti Nurshuhaini Azman mencuri tumpuan arena badminton dunia selepas memperagakan aksi yang tenang dan bersahaja dalam saingan kejohanan Piala Uber 2020.

Atlet yang berusia 17 tahun itu berjaya menampilkan mutu permainan yang amati baik dalam debutnya di Piala Uber beliau semalam. Walaupun berhadapan dengan bintang di kedudukan kesembilan dunia, Shuhaini beberapa kali juga berjaya memerangkap lawan dengan corak permainan yang tricky dan penuh bertenaga.

Beliau ini dilihat mempunyai kepakaran ketika bermain di jaring dan juga sering kali melakukan drop shot. Aksi bertenaga Siti Nurshuhaini sedikit sebanyak telah menyukarkan He Bing Jiao meraih mata dengan mudah.

Walau bagaimanapun, prospek muda ini menjelaskan bahawa beliau kurang berpuas hati dengan permainannya namun menganggap perlawanan itu sebagai satu pengalaman berharga.

“Saya rasa kurang berpuas hati tapi saya dapat pengalaman sebab dapat bermain dengan atlet daripada China. Akhir-akhir tu agak susah untuk saya sebab saya rasa saya tak cukup untuk ikut game dia.”

Anak didik Datuk Misbun Sidek ini juga menerangkan bahawa beliau telah mencuba sehabis baik untuk bersaing dalam perlawanan tersebut.

“Saya tetap teruskan game, sebab saya fikir saya tak boleh mengalah selagi game tu tak habis. Jadi saya tetap cuba yang terbaik.”

Siti Nurshuhaini tewas kepada wakil daripada China straight-set dengan 21-8 dan 21-3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *