De Paula Terus Jadi Sandaran Harimau Malaya

Instagram: @famalaysia

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Guilherme De Paula terus jadi taruhan pasukan negara menjelang perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan Oktober ini.

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe akan berlepas ke Amman, Jordan pada tanggal 1 Oktober ini bagi menentang dua jaguh dari Timur Tengah itu dengan menyaksikan beberapa muka baharu menjadi taruhan pasukan bagi memperagakan aksi yang dapat melonjakkan prestasi Harimau Malaya.

Dalam senarai 24 orang pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya itu, Cheng Hoe hanya mengekalkan 12 pemain dari kem latihan pusat terdahulu.

Selain itu, pasukan negara terus membuka peluang buat muka-muka baharu yang bakal diuji kemampuannya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh 14 pemain yang tidak dipanggil.

Namun begitu, khidmat De Paula terus menjadi taruhan terbaik memandangkan ketiadaan penyerang berprolifik lain yang mampu menggalas tugas tersebut.

Pengalaman penyerang ini yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama JDT pastinya menjadi tonik terbaik serta motivasi beliau yang masih membara setelah mengecap kejuaraan liga pada musim ini.

Sebagai rekod, penyerang berusia 35 tahun ini sudah menjaringkan 4 gol dan mencatat 3 bantuan gol dalam 15 perlawanan di Liga Super.

Beliau menjadi penyerang tempatan terbanyak menjaringkan gol dalam saingan Liga Super sungguhpun penjaring tempatan terbanyak digondol oleh pemain sensasi Kedah, Baddrol Bakhtiar.

Dengan kekurangan pemain di posisi penyerang tengah, De Paula terus mendapat kepercayaan Cheng Hoe bagi menggalas tugas sebagai penggempur negara.