Cinta Haaland & Maria Guardiola Bersatu?

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Penyokong tegar gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City kini mula menggesa bintang sensasi pasukan, Erling Haaland ‘bersatu’ dengan  anak perempuan Pep Guardiola, Maria Guardiola.

 Mereka merasakan bahawa dua individu ini amat sesuai digandingkan dengan kejelitaan wanita kelahiran Sepanyol itu terus mencuri tumpuan.

Maria seringkali menjadi bualan para pengikutnya terutamanya di Instagram selepas menayangkan beberapa fotonya untuk tatapan 413,000 pengikut di media sosial.

Maria yang sudah pun diketahui umum sebagai seorang yang gemar bergambar dehgan pelbagai gaya terutamanya di sekitar London ketika ini disebabkan bapanya bertugas di England. 

Oleh yang demikian, spekulasi mula timbul terhadap wanita ini selepas Haaland, 22, dilihat manpu menjadi calon sesuai untjk mengisi kekosongan hatinya.

Maria sebelum ini dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan bintang Spurs, Dele Alli kini dikatkan pula dengan Haaland. 

Pemain kelahiran Norway ini menjadi pemain paling berharga menerusi prestasi cemerlang di atas padang dan juga sudah pun menjaringkan 20 gol musim ini, termasuk 15 gol di Liga Perdana Inggeris.

Seorang penyokong City turut berharap agar kedua-duanya bertemu jodoh dengan menulis komen: 

“Kahwini Erling Haaland, jadi kita akan mendapat bayi Haaland yang genius.”

Seorang lagi berkata dengan nada berseloroh: “Cantik seperti bapanya,” katanya seperti yang dipetik di Arena Metro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *