Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Menurut satu laporan daripada Berita Harian, bekas pemain badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menyatakan rasa terujanya sekembalinya Rexy Mainaky ke BAM. Rexy yang bakal memulakan tugas secara rasmi pada 1 Disember kelak akan menggalas tugas sebagai jurulatih beregu lelaki Malaysia.
Datuk Lee Chong Wei juga yakin dengan kehadiran bekas juara dunia ini, arena badminton Malaysia mampu menghasilkan ramai lagi bintang di masa akan datang.
Memetik artikel daripada Berita Harian, Chong Wei melihat usaha BAM melantik Rexy sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan badan induk itu sebagai satu langkah tepat kerana legenda beregu lelaki Indonesia itu mempunyai pengalaman cukup luas.
Bekas perseorangan nombor satu dunia itu turut menjelaskan bahawa lantikan Rexy merupakan satu pilihan yang tepat kerana beliau merupakan lagenda badminton dunia. Chong wei turut beranggapan bahawa kerjasama yang baik antara barisan kejurulatihan akan memberi impak besar buat skuad badminton negara.
“Saya fikir ini satu pilihan terbaik BAM lantik dan membawa Rexy semula sebagai jurulatih dan ia bagus untuk pasukan badminton kita kerana beliau adalah juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik.”
“Saya fikir beliau boleh bekerjasama dengan semua jurulatih dan itu sangat penting,” katanya kepada pemberita Berita Harian.