Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Atlet boccia negara, Chew Wei Lun tepati ramalan pada kejohanan kali ini apabila melangkah ke final setelah menewaskan lawan dari Portugal iaitu Ramos Andre dalam pertembungan di separuh akhir.
Beliau menewaskan lawannya itu dengan keputusan sekaligus menjadikan kempen kali ini sebagai rekod bersih beliau di Tokyo 2020.
Pada aksi sebelum ini, beliau gah menundukkan cabaran pemain kelahiran China, Zhang Qi dengan keputusan 4-2 untuk mencerahkan laluan ke persaingan penentuan pingat pada hari ini.
Dalam aksi penuh dramatik tersebut, beliau menerima tentangan sengit daripada lawannya itu dalam usaha untuk melayakkan diri ke pentas final.
Pada ends yang pertama, beliau mudah mengatasi lawannya itu dengan tidak memberi peluang walau sedikit pun untuk mendapatkan mata. Set pertama dimenangi oleh Wei Lun dengan keputusan 4-0.
Namun begitu, Ramos tidak memberi laluan mudah buat Wei Lun setelah merakam kemenangan pada ends kedua dengan keputusan 4-0 juga.
Atlet yang berada pada ranking ke 11 dunia itu tenang mempamerkan kecemerlangannya untuk menang bergaya pada set berikutnya untuk menjarakkan kedudukan.
Berkat usaha, kesungguhan dan konsistensi beliau jelas terpancar dalam perlawanan ini apabila berjaya membenam cabaran lawannya itu dengan keputusan seri 1-1 sekaligus melayakkan diri ke final.