Paralimpik 2020: Chew Wei Lun Sedia Buru Emas Kedua Negara

Instagram: @csnsportstalk

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Atlet boccia negara. Chew Wei Lun kini menggalas tugas untuk memburu emas kedua negara pada aksi hari ini.

Ia berikutan keputusan penarikan emas yang dimenangi oleh Ziyad dalam acara lontar peluru yang berlangsung malam semalam.

Beliau dijangka bakal dipertemukan dengan juara dunia, David Smith yang juga sedang menikmati prestasi terbaik dalam kejohanan ini.

Ini bukanlah satu tugas yang mudah buat Wei Lun sungguhpun beliau tidak mencatat sebarang kekalahan pada temasya kali ini.

Pada aksi suku akhir semalam, beliau bertungkus-lumus sebelum berjaya membenam cabaran sengit atlet China, Zhang Qi sebelum mengesahkan tempat ke final dengan membenam cabaran Ramos Andre dari Portugal dengan keputusan 9-5.

Photo: csnsportstalk

Sungguhpun berita yang mengecewakan buat kem negara terjadi apabila atlet lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli tidak dapat merangkul emas kedua negara.

Atlet berusia 26 tahun itu dijadualkan bertemu juara bertahan dari Great Britain, David Smith di Pusat Gimnastik Ariake yang sebelum ini menewaskan pemain Brazil, Jose Carlos Chagas de Oliveira, 7-4 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Kini, Wei Lun menjadi sandaran terbaik negara untuk kembali mengukir senyuman pingat sungguhpun perak sudah pasti berada dalam genggaman.