Paralimpik 2020: Chew Wei Lun Raih Pingat Perak Buat Negara

Instagram: @csnsportstalk

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Atlet boccia negara, Chew Wei Lun meraih pingat perak dalam acara boccia akhir yang berlangsung sebentar tadi.

Atlet berusia 26 tahun itu yang mengharungi kempen yang cukup mengagumkan pada kejohanan kali ini apabila tidak tewas dalam sebarang perlawanan sehingga menempah slot ke peringkat akhir.

Namun begitu, tentangan hebat daripada atlet yang berada pada kedudukan pertama dunia itu nyata tidak membuatkan beliau senang duduk.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pemain dilihat saling melakukan yang terbaik untuk memperoleh pungutan mata.

Instagram: @csnsportstalk

End pertama berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Wei Lun yang berjaya mengatasi lawannya itu dengan pungutan mata 2-0.

Bersambung end seterusnya, Wei Lun terus memberikan laluan berliku buat atlet Great Britain itu namun beliau berjaya bangkit untuk merapatkan kedudukan.

Pertarungan semakin mendebarkan buat kedua-dua atlet berpengalaman ini namun ternyata Smith berjaya mengejar untuk mengikat kedudukan.

Akhirnya, kemenangan sah menjadi milik Smith dengan keputusan 4-2.