Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemain boccia negara, Chew Wei Lun menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Pada aksi terakhir peringkat kumpulan yang berlangung semalam, Wei Lun beraksi cemerlang apabila tidak memberi peluang kepada lawannya itu untuk mencabarnya. Beliau berjaya menewaskan Katerina Curinova dari Republik Czech 11-0.
Beliau mengakhiri kempen di peringkat kumpulan dengan rekod bersih apabila berjaya menewaskan keempat-empat lawannya itu.
Pada perlawanan hari ini, beliau bertemu dengan pemain China, Zhang Qi untuk mencerahkan laluan ke persaingan penentuan pingat.
Beliau dalam satu temubual dilihat sudah bersedia untuk mengekang segala cabaran dari pemain tersebut.
“Saya bersyukur kerana akhirnya berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan dengan melangkah ke suku akhir dan menentang atlet Cina esok.
Beliau dilihat tidak berdepan sebarang masalah apabila mendahului lawannya itu dengan keputusan 3-1 pada end kedua namun lawannya. dilihat bangkit untuk merapatkan kedudukan menjadi 3-2
Akhirnya, beliau berjaya merakamkan kemenangan apabila mengatasi lawannya dengan keputusan 4-2.