Cheah Liek Hou: Saya Berjaya Cipta Sejarah Buat Diri Sendiri Dan Malaysia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Kisah pahit manis atlet paralimpik negara terus tercatat apabila Cheah Liek Hou berjaya mencipta sejarah buat diri dan negara.

Pemenang pingat emas Paralimpik Tokyo 2020 ini berkata pencapaian ini merupakan satu pencapaian yang istimewa sepanjang kariernya.

Jaguh badminton negara ini turut menyatakan bahawa pingat yang dicapainya itu adalah pingat emas pertama Malaysia dalam sukan badminton.

“Saya rasa sangat ‘special’ setelah mencipta sejarah buat diri dan negara. Saya adalah orang pertama yang telah memenangi pingat emas dalam sukan badminton di kejohanan Paralimpik.”

Atlet yang berusia 33 tahun ini menjelaskan bahawa pengalaman yang sedia ada membantu beliau dalam meraih kemenangan setiap perlawanan.

Liek Hou merupakan satu-satunya pemain perseorangan Badminton lelaki yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang saingan Paralimpik 2020.

Kelebihan pengalaman yang ada pada juara dunia enam kali menjadi tunjang utama kepada ketenangannya ketika beraksi di pentas final.

“Mungkin kelebihan saya adalah pada pengalaman. Saya tewaskan dia kerana pengalaman saya bermain di kejohanan besar sebelum ini. Dia kalah kerana menghadapi tekanan ketika bermain di peringkat yang tinggi.”

Liek Hou dalam pada itu turut bersyukur dengan kejayaan manis yang diraihnya sepanjang penglibatan dalam sukan badminton ini. Kisah suka dan duka ini pasti akan menjadi kenangan terindah buat dirinya.

Tahniah dan syabas buat Liek Hou. Anda memang luar biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *