Paralimpik 2020: Cheah Liek Hou Julang Emas Buat Negara

Instagram: @csnsportstalk

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou kini berjaya menambah koleksi pingat kontinjen negara apabila meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki.

Keputusan cemerlang itu menyaksikan Liek Hou sebelum ini mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat kemenangan berturut-turut sekali gus layak ke pusingan akhir.

Beliau juga mencatatkan rekod bersih pada peringkat kumpulan pada kejohanan pertama paralimpik yang disertainya. Debut impiannya tercapai apabila mencatat kemenangan pada semua perlawanan.

Jaguh badminton para negara ini menepati ramalan apabila berjaya membenam cabaran lawan di separuh akhir pagi tadi menentang wakil dari Chinise Taipei, sekaligus melangkah ke final kategori SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bagaimanapun, juara dunia enam kali itu dipaksa bekerja keras sebelum mengatasi pemain Chinese Taipei, Fang Jen Yu 15-21, 21-10, 21-16 dalam aksi separuh akhir di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

Pada perlawanan final sebentar tadi, Liek Hou berdepan cabaran pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi.

Perlawanan itu berlangsung dengan cukup sengit dengan kedua-dua pemain memburu mata demi mata. Set pertama dimenangi oleh Liek Hou 21-17.

Bersambung set kedua, Liek Hou terus fokus mengekalkan momentum bagi memastikan pingat emas miliknya. Helah demi helah yang tidak terjangkau dilakukan Liek Hou menyukarkan pihak lawan. Cheah Liek Hou akhirnya menang 21-15.

Pingat pertama buat Cheah Liek Hou di temasya Sukan Paralimpik. Tahniah dan terima kasih Liek Hou. Anda memang luar biasa!