Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Juara dunia perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Cheah Liek Hou menceriakan arena sukan badminton negara hari ini. Ini selepas Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 muncul juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 1 di Toledo, Sepanyol malam semalam.
Anak jati Kuala Lumpur menewaskan Fang Jeng Yu dari Taiwan 21-7, 21-13 pada aksi final di mana ia berlangsung selama 27 minit.
Kejayaan menjulang Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 2 dilihat mengubat kedukaan Liek Hou selepas hanya bergelar naib juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 2 pada bulan lepas.
Pada aksi final Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 2, Liek Hou tumpas kepada musuh ketatnya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi.
Perseorangan lelaki SU5 negara itu mencipta sensasi pada November tahun lepas apabila merampas semula gelaran juara dunia acara tersebut dalam Kejohanan Para Badminton Dunia di Tokyo, Jepun.
Itu merupakan gelaran juara dunia ke-12 yang dipegang pemain berusia 34 tahun itu. Ia merangkumi juara dunia perseorangan lelaki SU5 (tujuh kali) dan juara dunia regu lelaki SU5 (lima kali).