Cerita Dalam Kain Faisal Halim Ke Selangor Bocor Awal Di Thailand

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Berita mengenai perpindahan pemain sayap pasukan kebangsaan, Faisal Halim yang dikatakan semakin hampir ke Selangor.

Pemain berusia 25 tahun itu merupakan tunjang buat pasukan Terengganu sejak dua musim kebelakangan ini.

Namun begitu, pelbagai perkara yang terjadi antara pemain tersebut dan juga pihak pengurusan kelab menyaksikan khidmat beliau tidak kekal bersama pasukan.

Prestasi memuncak anak jati kelahiran Pulau Pinang ini menarik perhatian beberapa kelab gergasi Liga Super namun beliau dijangka membawa haluan ke Lembah Klang.

Hal ini dikuatkan lagi apabila satu hantaran oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) atau lebih dikenali sebagai Changsuek mengesahkan destinasi terbaru Faisal.

Beliau dijangka bakal menjadi aset terbaik The Red Giants bagi tahun mendatang sekiranya perpindahan ini benar-benar terjadi.

“Pemain sayap Pasukan Selangor FC, Faisal Halim berada dalam skuad semasa dengan gandingan beberapa pemain lain yang baru dipanggil bakal menghadirkan keterujaan antara muka baharu dan lama,” jelasnya.

Malaysia kini dalam medan persiapan terakhir sebelum ke Piala AFF Mitshubishi Electric tidak lama lagi.