Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Perancang tengah Harimau Malaya, Brendan Gan yakin setiap pemain yang menyarung jersi Malaysia akan memberikan yang terbaik setiap kali diturunkan.
Pemain berusia 35 tahun itu kembali dalam percaturan skuad negara selepas diuji dengan penyakit yang hampir menamatkan perjalanan kariernya.
Ketika ditemu bual dalam satu sidang media hari ini, beliau menjelaskan bahawa para pemain akan sentiasa berusaha untuk menjayakan misi pasukan.
Kim Pan-gon juga turut melaungkan keinginan untuk melihat skuad kendaliannya menjaringkan lebih banyak gol ketika bertemu laos di SNBJ.
Brendan ketika menjelaskan perkara tersebut mengakui, pemain akan memberikan segalanya di atas padang.
“Kami sebagai pemain akan berusaha untuk menjaringkan sebanyak mungkin gol yang kami mampu.”
“Kami dah cuba, kadang ia menjadi, kadang tidak,” jelasnya.
Bekas perancang Perak FC ini turun dalam kesebelasan utama Harimau Malaya ketika mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Myanmar.
Malaysia akan turun berdepan Laos di SNBJ esok sebelum berdepan tugas sebenar menghadapi Vietnam di gelanggang lawan.