Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Piala Dunia Wanita 2023 bakal diserikan dengan kehadiran dua wakil Asia Tenggara, Filipina dan Vietnam. Ini selepas kedua-dua pasukan layak secara merit ke kejohanan berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan dijangka berdepan tugas sukar di peringkat kumpulan masing-masing. Filipina diletakkan dalam Kumpulan A bersama Norway, tuan rumah New Zealand dan Switzerland.
Tetapi Vietnam berdepan tugas lebih sukar kerana diletakkan dalam Kumpulan E atau Kumpulan Maut. Ini kerana mereka perlu berdepan dua pasukan digeruni dalam dunia bola sepak wanita iaitu Belanda dan Amerika Syarikat.
Satu lagi slot bakal diisi oleh Portugal atau Cameroon menerusi penentuan playoff. Cameroon layak ke perlawanan tersebut selepas berjaya mengatasi Thailand 2-0 dalam perlawanan playoff Piala Dunia Wanita 2023 yang berlangsung pada petang tadi.
Walau apapun keputusan yang diraih di kejohanan yang bermula pada 20 Julai ini, kedua-dua pasukan diharap dapat mempamerkan persembahan membanggakan sebagai wakil Asia Tenggara.