Bola Sepak: Ratchaburi Kini Ada Dua ‘Pawi’

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Kapten pasukan Harimau Malaya, Safawi Rashid baru-baru ini telah selesai menandatangani kontrak sekaligus menyaksikan beliau akan menyertai kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC.

Pemain berusia 25 tahun itu difahamkan sah menjadi milik kelab yang kini berada pada kedudukan ke-3 liga itu setelah hampir 7 tahun berkelana di JDT.

Perpindahan anak jati kelahiran Terengganu telah menjadi tumpuan jutaan penyokong di Malaysia sekaligus bakal membuka lembaran baharu dalam karier bola sepaknya.

Penyertaan beliau ke kelab tersebut jelas bagi membantunya menemui rentak permainannya setelah sekian lama bergelut akibat kecederaan.

Safawi kini memakai jersi bernombor 11 difahamkan bakal bersatu bersama-sama pemain pasukan kebangsaan Thailand, Pawee Tanthatemee.

Ini memperlihatkan pasukan yang terkenal sebagai The Dragons memiliki dua pemain ‘pawi’ dan ‘Pawee’ yang kebetulan mempunyai nama serupa dengannya.

Pawee juga dikatakan berada pada posisi pertahanan tengah itu telah melibatkan diri sebanyak 11 perlawanan liga musim ini.

Ratchaburi kini menduduki tangga ketiga Liga 1 Thai selepas 11 perlawanan kemudian telah merekodkan 8 kejayanan dalam 15 aksi pusingan pertama liga.