“Bola Melompat Macam Katak” – Lim Teong Kim

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim menjelaskan bahawa keputusan 0-0 berdepan Kelantan FC semalam adalah disebabkan oleh Padang tidak rata.

Pengendali yang berusia 55 tahun itu masih tidak berjaya membawa kemenangan semenjak mengambil alih pasukannya yang kini hanya berjaya mencatatkan dua keputusan seri dan satu kekalahan.

Beliau tampil meluahkan rasa tidak puas hati menjelaskan keadaan padang di Stadium Sultan Muhammad II yang menjadi punca pasukannya tidak dapat bermain dengan baik.

“Padang sini susah nak mengawal permainan kerana padang tidak rata.”

“Bola pula dia datang seperti katak melompat-lompat, ini jelas menunjukkan pasukan sukar mengikut rentak permainan macam kebiasaan,” jelasnya.

Lim teong kim menganggap ia jelas menghalang para pemain untuk menampilkan corak permainan yang baik kerana kesukaran kawalan bola di padang.

Ketika ini, barisan penyerang The Bos Gaurus hanya dapat menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan sementara bolos empat jaringan bertemu Kedah tempoh hari.

Namun begitu, pasukan bawah kendaliannya telah mencatat dua rekod tanpa bolos yang memperlihatkan hanya jentera serangan yang perlu digarap bagi aksi seterusnya.

Aksi berikutnya Perak bakal berdepan Sri Pahang bagi aksi pusingan pertama Piala FA Rabu ini di Ipoh.