Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Selepas Safawi Rasid sah menyertai Ratchaburi FC secara pinjaman musim depan, seorang lagi pemain JDT bakal menyertainya di Liga Thailand. Dikhabarkan kelab BG Pathum United sedang mengintai khidmat penyerang muda Ramadhan Saifullah bagi memperkuat jentera serangan mereka.
Ramadhan kerap tampil dalam pasukan Harimau Selatan musim ini tetapi sebagai pemain gantian. Dengan persaingan sengit dalam pasukan utama dan keinginan beraksi dengan lebih kerap merupakan dua alasan yang mendorongnya mencari angin baru.
Sebelum ini, JDT telah mengumumkan perpindahan secara pinjaman Safawi dan Moussa Sidibe ke Ratchaburi FC. Kini, giliran Ramadhan pula diburu kelab gergasi Thai, BG Pathum United. Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, Ramadhan bakal menyertai Irwan dan Ikhsan Fandi yang menjadi tonggak utama The Rabbits.
Ketika ini, pemain muda JDT ini menyertai pasukan kebangsaan di bawah bimbingan Kim Pan-gon. Skuad negara bakal menempuh dua perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan menghadapi Piala AFF 2022.