Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemain bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva mengakui tidak menjangkakan akan kebolehan yang dipersembahkan oleh Terengganu dalam aksi Piala Sumbangsih 2023.
Beliau tampil sebagai wira dalam pasukan apabila sekali lagi berjaya menempa kemenangan dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
Pemain yang berusia 32 itu dilihat mula menampilkan aksi sulung musim 2023 menerusi satu hantaran tepat ke kepala Juan Muniz kemudian terus menanduk ke jaringan gol pembukaan pertama.
Prestasi yang membanggakan bekas penjaring terbanyak liga musim lalu berterusan apabila menunjukkan bisanya dengan menguasai permainan lalu berjaya menjaringkan gol kedua pada separuh masa kedua.
Pemain kelahiran brazil itu akui terkejut dengan corak permainan yang ditampilkan oleh Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim.
“Ia mengejutkan bagaimana taktik yang dipersembahkan oleh Terengganu pada separuh masa kerana dilihat terus menekan kami”
“Keadaan yang mencabar ini buat kami terus mara dengan baik, kami JDT, dan kami berjaya sekali lagi menjulang trofi untuk musim ini,” jelasnya.
Bergson yang berjaya menjaringkan satu gol dengan bantuan satu lagi gol menyumbang kepada prestasi yang baik untuk terus memacu dalam aksi musim ini.