Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Selepas mengumumkan penyertaan dalam MPFL musim 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu membuktikan bahawa mereka bukan pasukan pelengkap jadual perlawanan. Ini dibuktikan dengan perlantikan bekas jurulatih pasukan futsal Real Betis, Juanito Cupim sebagai jurulatih mereka.
Perlantikan jurulatih ini dianggap sesuatu yang hebat kalau mengikut standard MPFL. Ini kerana kejohanan futsal di Sepanyol disifatkan sebagai antara liga futsal terkuat di dunia dengan Real Betis pernah beraksi di Primera Division, divisyen utama futsal Sepanyol.
Menariknya, berita perlantikan Cupim sebagai jurulatih futsal JDT turut diulangciapnya di akaun Twitter peribadinya.
Selain pernah melatih Real Betis, Cupim juga pernah melatih Palma, Al-Rayyan, Thai Son Bac dan Industrias. Kelibatnya dijangka menjadikan JDT sebagai pencabar serius MPFL musim 2023.