Bekas Bintang Sri Pahang Kini Bimbing Bekas Kelab EPL

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Bekas bintang Sri Pahang, Zesh Rahman kini memiliki arah baharu dalam karier kejurulatihannya apabila telah dilantik sebagai pembantu jurulatih bersama kelab di Eropah, Portsmouth FC.

Pemain import yang menjadi sebahagian daripada pasukan Tok Gajah itu merupakan tunjang utama kekuatan pasukan yang telah banyak menempa kejayaan bersama Pahang ketika itu.

Pemain kelahiran England-Pakistan ini telah beraksi hampir selama tiga musim di Malaysia sebelum berangkat ke England untuk bergabung dengan Gillingham FC.

Rahman yang kini berada dalam bidang kejurulatihan bersiap sedia menggalas tanggungjawab untuk membimbing kelab dua jurulatih sebelum ini, Danny dan juga Nick Cowley meletak jawatan.

Beliau akan berkhidmat sebagai pembantu jurulatih kepada Simon Bassey bagi memperkemaskan pasukan sebelum bertembung dengan pasukan EPL, Tottenham Hotspurs hujung minggu ini.

Andrew Cullen, Ketua eksekutif Cullen berkata,” Kami amat terhutang budi kepada Simon kerana telah menawarkan diri serta berterima kzsih juga kepada Lorenzo dan Joe atas persetujuan yang diberikan”

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Zesh Rahman juga menambah pengalaman lagi, tidak kira sebagai bekas pemain dan jurulatih Lesen Pro UEFA yang berkelayakan kerana bersetuju menerima jawatan sebagai jurulatih,” jelasnya.

Ketika ini, Porstmouth berada pada tangga ke-12 di Liga Satu Englang selepas melewati 22 perlawanan musim ini.