BAM Buat ‘U-Turn’, Beri Lampu Hijau Pada Zii Jia & Jin Wei

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu yang meilbatkan dua pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei.

Dalam satu hantaran, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah bersetuju untuk membenarkan kedua-dua atlet tersebut, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei untuk bertanding dalam semua kejohanan peringkat antarabangsa.

BAM sebelum ini mengambil keputusan untuk menggantung Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei selama 2 tahun daripada menyertai mana-mana kejohanan badminton di peringkat antarabangsa. Ini kerana, kedua-dua pemain itu mengemukakan surat permohanan untuk keluar daripada BAM.


Namun selepas mengambil kira setiap rayuan yang dibuat oleh kedua-dua pemain ini dengan mematuhi prosedur rasmi, BAM mencapai kata sepakat untuk melepaskan mereka dari kontrak bersama BAM mengikut terma dan syarat yang dipersetujui bersama.


Keputusan ini juga telah disampaikan kepada Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Sabri Yaakob dan Penaung BAM, YABhg Datin Sri Muhaini Zainal Abidin oleh BAM Presiden YBhg Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria hari ini.

Persatuan Badminton Malaysia dalam pada itu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri dan Penaung BAM atas keprihatinan serta kebimbangan mereka berhubung isu ini.

Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei layak untuk mendaftar dalam kejohanan antarabangsa dengan segera tanpa sebarang halangan. BAM juga menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Zil Jia dan Jin Wei atas dedikasi serta komitmen mereka kepada negara.

BAM turut mendoakan yang terbaik untuk masa depan kedua-dua permata negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *