BAC 2023: Ong Yew Sin & Teo Ee Yi Rangkul Gelaran Naib Juara

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Gandingan beregu lelaki Malaysia, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi meraih gelaran naib juara Kejohanan Badminton Asia 2023. Wakil negara itu tewas kepada gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di pentas final.

Untuk rekod, Yew Sin dan Ee Yi kini di kedudukan kelapan dunia sementara Rankireddy dan Shetty berada di tangga keenam dunia.

Set pertama menjadi milik Malaysia apabila menang pada babak pertama dengan keputusan 21-15. Perlawanan bermula sengit hingga ke interval set, bagaimanapun Yew Sin dan Ee Yi bijak untuk bangkit mengatur rentak dan akhirnya memastikan set pertama milik mereka.

Bersambung di set kedua, perlawanan ini semakin sengit apabila Rankireddy dan Shetty kembali temui rentak dan mengejar mata yang didahului jauh Yew Sin dan Ee Yi. Set kedua memihak kepada wakil dari India dengan keputusan 17-21.

Anak buah kendalian Rosman Razak terus sukar menghalang tentangan wakil dari India di set penentuan. Segala percaturan serba tidak menjadi dan aksi penuh bertenaga Rankireddy dan Shetty berjaya mematahkan hasrat Malaysia untuk bergelar juara.

India melakar kemenangan secara rubber set menerusi skor 21-16, 17-21 dan 19-21 sekaligus memastikan gelaran ‘Raja Asia’ menjadi milik Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.