Azizulhasni Awang Terima Ganjaran Daripada TMJ

Instagram: @azizulhasniawang

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menerima ganjaran daripada Duli Yang Amat Mulia Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) hari ini.

Ini berikutan kecemerlangan aksi Azizulhasni dalam saingan yang berlangsung di Olimpik Tokyo baru-baru ini yang menyaksikan beliau berjaya meraih pingat perak dalam acara keirin.

Saingan tersebut berlangsung di Velodrom Izu, Shizuoka memperlihatkan beliau berjuang meraih pingat buat negara namun terpaksa akur apabila Jason Kenny mempertahankan emas selepas bijak menggunakan teknik senko iaitu serangan awal.

Azizulhasni yang juga Raja Keirin 2017 berupaya untuk memberikan saingan sengit dan berjaya menamatkan saingan 0.763 saat di belakang Kenny.

Oleh yang demikian, beliau telah menerima hadiah peribadi daripada TMJ atas segala keringat yang telah dicurahkan di Tokyo.

Menerusi perkongisan Azizul di laman Instagram rasminya, beliau menyatakan perasaan terujanya apabila dapat bersama-sama dengan baginda Tunku untuk berkongsikan pandangan dan idea berkenaan sukan berbasikal dalam negara.

Beliau juga berhasrat agar segala yang dihasratkan dapat menjadi kenyataan untuk melihat lebih ramai pelapis yang bakal menjadi tonggak negara pada masa hadapan.

Tambahnya lagi, peluang kelas ‘VIP’ yang diberikan oleh TMJ untuk melawat seluruh pelusuk kawasan Stadium Sultan Ibrahim merupakan satu pengalaman yang amat bermakna buatnya dan mengucapkan jutaan terima kasih atas segala usaha baginda dalam membangunkan bola sepak Johor dan Malaysia.

‘Syabas di atas usaha dan pengorbanan Tuanku dalam membina legasi ini.’

Semoga Azizul terus berjaya untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.