Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Seramai 22 atlet negara bakal membawa cabaran negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan bermula pada 24 Ogos hingga 5 September nanti.
Atlet olahraga negara, Siti Noor Iasah dan atlet powerlifting Malaysia, Bonnie Bunyau telah dipilih dan dipertanggungjawabkan sebagai pembawa Jalur Gemilang di temasya Paralimpik Tokyo 2020 kali ini. Sebanyak sembilan jenis sukan yang atlet negara kita sertai dengan mempertaruhkan sasaran untuk memenangi tiga pingat emas.
Berikut merupakan senarai nama atlet yang bakal menerajui dan mengharumkan nama negara kelak:
Olahraga: Abdul Latif Romly, Muhammad Ziyad Zokefli, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Wong Kar Gee, Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin
Berbasikal: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Muhammad Hafiz Jamali, Zuhairie Ahmad Tarmizi, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais, Nurul Suhada Zainal
Renang: Brenda Anelia Larry; Muhammad Nur Syaiful Zulkefli, Jamery Siga
Memanah: S. Suresh, Wiro Julin
Badminton: Cheah Liek Hou, Didin Terasoh
Boccia: Chew Wei Lun
Powerlifting: Bonnie Bunyau Gustin, Jong Yee Khie
Ping Pong: Chee Chaoming
Tenis Kerusi Roda: Abu Samah Borhan.
Pada edisi Rio 2016 lalu, atlet paralimpik negara berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan satu pingat gangsa. Pingat emas tersebut disumbangkan Ziyad, Abdul Latif dan Ridzuan Puzi manakala pingat gangsa milik Siti Radiah Ismail.
Kita mendoakan yang terbaik buat kontinjen negara di sukan Paralimpik Tokyo 2020. Semoga mereka pulang dengan pingat kebanggan buat Malaysia. Ayuh Malaysia, berikan sokongan kepada mereka !