Atlet Masa Depan Malaysia Pamer Sikap Terpuji Di Luar Gelanggang

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Kejohanan MSSM 2023 melabuhkan tirainya pada 30 Ogos lalu. Dan walaupun kejohanan sudah berakhir, atlet-atlet masa depan Malaysia terus menunjukkan nilai murni dengan mengamalkan sikap pembersih.

Dalam satu ciapan yang dikongsikan Astro Arena di X hari ini, beberapa gambar menunjukkan peserta-peserta kejohanan mengutip sampah dan memastikan kawasan sekitar bersih.

Walaupun mereka penat bersaing dalam gelanggang, nilai murni ini tidak pernah dilupakan. Sikap sebegini mengingatkan ramai peminat sukan negara kepada pasukan Jepun.

Setiap kali tamat pertandingan, mereka membersihkan bilik persalinan dan memastikan ia dalam keadaan terurus. Perbuatan ini mendapat pujian ramai pihak baik di media massa mahupun di media sosial.

Bagi wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, ini menunjukkan sahsiah atlet muda negara ini berada pada landasan tepat.

“Kita bimbang mengenai sahsiah Gen Z tapi I think if we treat them right (saya fikir jika kita layan mereka dengan betul), ada potensi utk kekalkan nilai-nilai murni zaman uncle2 (pak cik) dulu,” katanya di X.

Nilai murni yang ditampilkan atlet-atlet ini turut mendapat pujian di laman media sosial. Dan ini seharusnya menjadi ikutan ramai dalam kehidupan seharian.