Arif Aiman Terima Pujian Menggunung Bidoglio

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.


Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman mendapat pujian daripada Pengarah Teknikal JDT, Hector Bidoglio susulan prestasi memberangsangkan musim ini.

Bidoglio yang merupakan ketua jurulatih pada musim ini menyifatkan Arif sebagai salah satu contoh pemain muda terbaik yang sentiasa memberikan komitmen dna menunjukkan keinginan yang terbaik di atas padang.

Malah, beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada pemain muda seperti Hong Wan dan juga Feroz Baharudin yang memanfaatkan setiap peluang yang diberikan.

Bintang kelahiran Maran, Pahang ini menjadi tunjang utama buat skuad Harimay Selaatan yang berjaya menyapu bersih kesemua piala pada musim ini.

“Arif Aiman adalah contoh pemain yang menunjukkan komitmen, keinginan dan prestasi terbaik.”

Beliau turut menegaskan bahawa persaingan sengit di JDT ini memerlukan para pemain agar sentiasa menujukkan komitman terbaik untuk terus berkembang maju.

“Tiada ruang untuk kelekaan di JDT,” jelasnya.

Arif telah merekodkan 17 bantuan gol pada musim ini sekaligus menjadikannya pemain paling banyak melakukan ‘assist’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *