Arif Aiman Dinobat Antara Pemain Muda Paling Bernilai Asia Tenggara

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pemain sayap kanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman kini termasuk antara tiga pemain paling bernilai di Asia Tenggara.

Ini juga sekaligus membawa nama beliau untuk dinobatkan antara pemain muda Malaysia yang paling bernilai ketika ini.

Pemain yang baru berusia 20 tahun itu difahamkan berada pada tangga kedua pemain muda paling bernilai Asia Tenggara yang bernilai 400,000 Euro iaitu

Rekod pada musim 2022, Arif telah mengharungi 38 perlawanan dengan berjaya meledak 8 gol dan menghasilkan 20 bantuan gol buat JDT. Pencapaian tersebut ternyata telah mengubah nilai beliau dalam pasaran pemain.

Prestasi yang ditonjolkan telah pun mendapat pujian daripada beberapa pemerhati bola sepak dari negara Eropah selain menjadi perhatian Asia.

Berkekalkan konsistentasi dan disiplin dalam diri Arif, beliau dijangka akan memperkuatkan bahagian kanan JDT berserta gabungan trio bersama Bergson da Silva, Diogo Luis Santo dan Fernando Forestieri.

Dalam senarai tersebut, pemain muda yang berjaya merebut kedudukan paling atas ialah pemain muda Thailand, Suphanat Mueanta dengan harga yang paling bernilai, iaitu 7000,000 Euro.

Suphanat yang berusia 20 tahun dikatakan telahpun berjaya menjaringkan 9 gol dalam 22 perlawanan dalam kejohanan yang melibatkan Buriram United. Rekod beliau dijangka semakin berbisa selepas pulang dari England menjalani latihan bersama kelab Leicester City.

Kedudukan ketiga paling teratas pula berjaya dipegang oleh pemain pertahanan tengah Indonesia, Rizky Ridho yang bernilai 275,000 euro beserta pemain muda Selangor FC dari Myammar Hein Htet Aung yang bernilai 175,000 Euro.