Arif Aiman Beli Kereta Baru Harga Lebih RM450,000

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Sayap muda Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi baru-baru ini  berjaya memiliki sebuah kenderaan mewah iaitu Mercedes CLA 45s.

Dalam satu hantaran terbaru di laman Instagram penjual kereta terkenal Hafis Naseer, beliau berkongsi detik manis ketika proses menghantar kereta kepada pelanggannya iaitu Arif Aiman. Arif membeli sebuah kereta berjenama Mercedes pada usia yang cukup muda.

Pemain berusia 20 tahun itu membeli model CLA 45S 2.0 4Matic 2021 yang dipadankan dengan warna kelabu. Kereta yang cantik itu dilihat begitu mewah dan ekslusif dari aspek luaran dan juga dalamannya.

Hasil tinjauan di ruangan komen hantaran Hafis Naseer tersebut mendapati rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga dan gembira melihat pencapaian Arif. Mereka memuji hasil usaha dan titik peluh Arif yang konsisten berusaha hingga mampu capai ke tahap seperti ini. 

Setelah disemak menerusi laman sesawang Paultan.com, harga kereta yang baru dimiliki Arif ini mencecah RM 450,000.