Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemain tengah pasukan wanita negara, Andrea Lee menegaskan bahawa para pemain perlu sentiasa bersedia untuk turun beraksi dan tidak merisaukan perkara lain seperti kecederaan yang boleh mengganggu fokus seseorang pemain.
Menurut penjelasan pemain muda berusia 21 tahun itu dalam satu sesi siaran langsung di Instagramnya, beliau menjelaskan bahawa setiap pemain yang turun beraksi akan sentiasa berdepan dengan risiko.
Beliau yang turut membarisi skuad wanita negara yang beraksi di Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Palestin menjadi watak penting pasukan ketika menewaskan pasukan tuan rumah.
Ketika sesi live tersebut, Andrea bersama 3 orang lain rakan sepasukannya berkongsi serba sedikit maklumat mengenai situasi semasa mereka menjalani kuarantin dan juga menjawa beberapa soalan daripada para peminat.
Andrea menegaskan, fokus pemain hanyalah untuk memberikan yang terbaik di atas padang bagi membantu pasukan.
‘Kalau awak takut cedera, janganlah main bola,’-Jelasnya dalam live tersebut.
Ini menunjukkan bahawa beliau mempunyai mentaliti yang kuat selain sentiasa memberikan yang terbaik ketika mendapat peluang oleh jurulatih.
Andrea menjadi watak penting pasukan ketika menghadapi kelayakan Piala Asia 2022 di Palestin yang menyaksikan pasukan negara tewas kepada Thailand namun berjaya bangkit untuk mengatasi tuan rumah, Palestin menerusi jaringan Andrea dan juga kapten pasukan, Steffi Sarge Kaur.
Ini juga menunjukkan semangat perjuangan yang tidak mengenal erti putus asa oleh para pemain dalam usaha untuk membanggakan nama negara.