Aksi Cemerlang Syamer Kutty Dapat Pujian Jurulatih JDT

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pemain perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba meraih pujian daripada pengendali Tano Solari setelah menampilkan aksi luar biasa dalam perlawanan Liga Super menentang KL City pada semalam.

Pemain yang berusia 25 tahun dikatakan telah bermain dengan baik sekali walaupun diturunkan sebagai gantian.

Malah, kemampuan yang dimiliki oleh beliau menjadi satu kekuatan baharu buat JDT dalam aksi menentang KL City pada babak kedua perlawanan.

Tano Solari juga cukup terkejut dengan kebolehan membuat keputusan yang cepat dalam permainan yang berintensiti tinggi tersebut.

Pengendali kelahiran Argentina itu juga meluahkan rasa puas hati setelah memberi peluang buat Syamer untuk kembali beraksi bersama pasukan.

“Saya akui kemampuan dia. Dia merupakan harapan buat kami dengan kebolehannya yang boleh berada dalam berbagai posisi”

“Beliau boleh bermain pada posisi bawah atau depan. Dia juga bijak dalam membuat keputusan semasa bermain selain memiliki tubuh badan yang cukup baik. Aksi yang cukup cantik merupakan satu permulaan baik buatnya untuk mendapatkan minit permainan”

“Untuk perlawanan akan datang kami percaya Syamer akan bantu dalam setiap keadaan,” Jelas Tona dalam sidang media selepas perlawanan.

Syamer sebelum ini difahamkan telah berehat selama enam bulan kerana mengalami kecederaan lutut yang agak serius. Kini beliau kembali memulakan strategi baru untuk mendapat tempat dalam kesebelasan pemain.

Aksi seterusnya JDT bakal menentang Negeri Sembilan di Stadium Paroi pada Isnin depan menyaksikan JDT bakal bertemu anak buah K. Devan dalam misi mengekalkan kemenangan sekaligus merebut tiga mata bernilai di tempat lawan.