Adam Norrodin: Ini Peluang Terbaik Saya

Instagram: @motorgp

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pelumba Motor 2 negara, Adam Norrodin optimis untuk memberikan yang terbaik pada aksi di Grand Prix British pada hujung minggu ini.

Adam yang mewakili Sepang Racing dipanggil untuk menggantikan Jake Dixon sekaligus menjadikan ia peluang terbaik buatnya dalam saingan ini.

Pelumba berusia 23 tahun ini melakukan debut pada tahun 2016 bersama Moto 3 selama tiga musim bersama pasukannya.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau mencatat 7 kali dalam kategori 10 terbaik termasuklah menamatkan saingan di tempat kelima pada grand prix Argentina pada tahun 2018.

Sambil itu, Adam menjelaskan bahawa beliau ingin membuktikan dirinya masih mempunyai potensi untuk kembali ke kejuaraan dunia.

“Pada tahun 2019 saya ada ke Moto 2 menggantikan Mohd Idham Pawi namun ketika itu saya tidak bersedia sepenuhnya.”

“Kali ini saya berasa lebih bersedia, fizikal pun sudah semakin baik dan saya lebih memahami cara untuk berlumba dengan baik.”

Adam berharap agar rakyat Malaysia terus memberikannya sokongan untuk menempa nama dalam sukan permotoran sekaligus berjaya menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa.