Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Regu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak gentar dengan kegagalan biarpun mereka terkandas di pentas separuh akhir Kejohanan Dunia BWF 2023 pada Sabtu lepas.
Aaron-Wooi Yik tunduk kepada regu lelaki dari Korea Selatan, Seo Seung-jae-Kang Min-hyuk di pentas separuh akhir dengan keputusan 23-21, 21-13.
Biarpun kecewa dengan keputusan tersebut, kedua-duanya enggan berputus asa. Sebaliknya, mereka mahu memanfaatkan kekecewaan itu untuk bangkit dalam kejohanan lain termasuk Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China.
“Saya rasa memang ada disappointment (kekecewaan) lah sebab kita kalau boleh nak mara ke finallah. So (Jadi), itu pun dah lepas, kita dah kalah.
“Memang sekarang kita prepare (sedia) untuk tournament (kejohanan) seterusnya. Memang kita ada preparation (persediaan) untuk Asian Games (Sukan Asia) nanti. So (Jadi), dekat Asian Games (Sukan Asia) harap kita dapat (kekal) konsisten,” kata Aaron kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani semalam.
Sentimen sama turut dikongsi oleh Wooi Yik yang melihat pentas Sukan Asia sebagai pentas terbaik untuk bangkit semula. “Yes, definitely (Ya, sudah tentu). (Kita) akan tebus kekalahan, just wait for our comeback (tunggu saja kebangkitan kami),” katanya.
Aaron-Wooi Yik merupakan wakil terbaik negara kerana berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia BWF 2023.