Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Juara dunia beregu lelaki 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak mahu terburu-buru untuk menyasarkan slot ke Paris 2024 sebaliknya mahu kekal konsisten beraksi.
Mereka dalam satu kenyataan menjelaskan, sungguhpun menjadi idaman setiap pemain untuk meraih emas, namun mereka kekal optimis untuk memberikan yang terbaik.
“Tanya la siapa pun sudah pasti mereka mahu meraih emas, dapat atau tidak lain cerita jadi kami mahu lakukan yang terbaik.”
Aaron dan Woii Yiik mahu memberi fokus kepada kejohanan yang perlu dilalui terlebih dahulu dan memastikan mereka layak secaara merit.
“Tahun depan kami ada kejohanan kelayakan untuk Olimpik, jadi sudsh tentu misi untuk layak terlebih dulu kerana jika tidak layak pun tidak ada gunanya,” kata Aaron dalam satu sesi bersama peminat secara dalam talian di Facebook oleh Bernama.
Beregu sensasi negara ini juga yakin dengan masa dan persiapan yang cukup dapat membantu mereka membuktikan sesuatu selain menagih sokongan padu daripada para penyokong untuk kekal berada di belakang mereka.
“Kami ada dua tahun lagi untuk membuktikan sesuatu, jadi sokongan peminat amat penting.”