Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Wakil Malaysia melangkah dengan bergaya ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia apabila tampil cemerlang pada peringkat separuh akhir hari ini.
Perlawanan pertama wakil tunggal negara dimulakan dengan aksi beregu lelaki handalan negara, Aaron Chia dan Soh Woi Yiik.
Mereka turun dalam motivasi terbaik untuk meneruskan cabaran ke pentas akhir selepas menewaskan beregu Korea semalam.
Konsistensi dan juga kebijaksanaan gandingan ini jelas menyukarkan misi wakil India, Satwiksairaj Ranki dan Chirag Shetty apabila mencatatkan kemenangan menerusi rubber set 20-22, dan 21-16 dan juga 21-16.
Kini, mereka dalam prestasi yang cukup baik untuk meraih pingat emas setelah mara sehingga sejauh ini.