Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Menurut satu kenyataan oleh gandingan beregu negara yang baru sahaja memenangi pingat gangsa di Olimpik Rio, Aaron Chia, beliau optimis dengan kemampuan pasukan badminton negara untuk mencipta kejutan pada saingan Piala Thomas kali ini.
Kejohanan tersebut dijangka berlangsung di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober ini. Menurut kenyataan Berita Harian, Aaron tetap yakin dengan kebolehan skuad negara walaupun dikhabarkan bakal dibarisi oleh pemain muda untuk menjulang nama Malaysia pada kejohanan tersebut.
Menurut Aaron, situasi tersebut bakal memberi kelebihan buat pasukan negara disebabkan semangat untuk mengharumkan nama Malaysia sambil optimis untuk mara sekurang-kurangnya sehingga suku akhir sungguhpun diundi bersama 3 lagi pesaing sengit iaitu Jepun, England dan juga Kanada.
“Saya fikir peluang untuk mara ke suku akhir cerah. Walaupun mungkin kali ini rata-ratanya muka baharu tetapi ia bukan satu masalah buat kita.”
Beliau turut percaya dengan kehadiran pemain muda bakal menjadikan mereka lebih utuh untuk membawa cabaran Malaysia. Kombinasi bersama pemain senior seperti Wooi Yik, Lee Zii Jia dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei bakal menguatkan lagi impian dalam kejohanan kali ini.
Sambil itu, cabaran perseorangan negara bakal diterajui oleh Lee Zii Jia sambil 3 slot lagi bakal disaingi oleh pemain muda seperti Cheam June Wei, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Aidil Sholeh dan juga Lim Chong King.
Senarai pemain secara rasmi bakal diumumkan selewat-lewatnya pada dua minggu sebelum kejohanan bermula. Hal ini telah disahkan oleh Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu Wong Choong Hann.
Beliau pastinya masih segar dengan kejayaan yang ditempa di kejohanan Olimpik baru-baru ini. Harapan untuk melihat kecmerlangan beregu ini pastinya ditagih untuk sekali lagi membawa pulang pingat buat negara.