27 Atlet Malaysia Ke Piala Dunia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pasukan dodgeball negara sememangnya dikenali sebagai kuasa besar sukan tersebut. Justeru, dengan penyertaan skuad negara ke Piala Dunia Dodgeball Mesir 2022 yang diadakan di Kaherah, Mesir dari 13 hingga 18 Disember ini, ia satu status yang mahu dipertahankan sebagai pasukan pilihan.

Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF) melihat kejohanan anjuran Persatuan Dodgeball Dunia (WDA) itu bukan sekadar pentas menimba pengalaman bagi atlet kebangsaan sebelum menyertai kejohanan antarabangsa lain seperti Sukan SEA.

Tambah mereka dalam satu kenyataan media, “Ia juga untuk mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai pasukan dodgeball terbaik dunia selain mengembangkan kemahiran atlet supaya dapat beraksi cemerlang di peringkat paling tinggi. Objektif lain ialah untuk memajukan dan mempromosikan sukan ini agar mendapat tarikan dan penyertaan secara menyeluruh di semua peringkat.”

Pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang ke Piala Dunia Dodgeball Mesir 2022, Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Hannah Yeoh berharap pasukan dodgeball negara dapat mencipta kejayaan di kejohanan berkenaan sekaligus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Pasukan dodgeball kebangsaan yang turut disertai dua jurulatih, lima pegawai dan 2 orang pegawai perubatan dijadual bertolak ke Kaherah pada 11 Disember ini.

Piala Dunia Dodgeball Mesir 2022 turut disertai tujuh lagi negara iaitu tuan rumah Mesir, Jepun, Hong Kong, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Bulgaria, England dan Afrika Selatan. Semua lapan negara termasuk Malaysia bakal bersaing dalam lima kategori iaitu lelaki, perempuan, campuran, bawah 21 tahun (B21) lelaki dan perempuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *